Sunday, November 25, 2012

Jawatan Kosong YGMB - Yayasan Guru Malaysia Berhad

jawatan kosong ygmb
Jawatan Kosong YGMB - Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) nama asalnya ialah Yayasan Permodalan Guru Kebangsaan (YPGKB) telah diperbadankan pada 07 Mac 1994 di bawah Akta Syarikat 1965 sebagai ‘Syarikat Berhad Menurut Jaminan’ tidak mempunyai saham. Hasrat penubuhan YGMB adalah untuk menyatu dan menggembleng seluruh warga pendidik dan anggota Perkhidmatan Pelajaran Malaysia ke dalam satu organisasi yang berasaskan ekonomi dan kebajikan yang akan menjadi wahana penting bagi meningkatkan martabat dan maruah warga pendidik.

YGMB diuruskan oleh pengurusan yang dipengerusikan oleh Y. BHG. TAN SRI DATO’ HJ. ALIMUDDIN BIN HJ. MOHD DOM menggantikan Y. Bhg. Dato’ Hj. Salleh Bin Mohd Hussein mulai 16 Mei 2008 telah melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan dalam usaha untuk memperkenalkan produk – produk baru untuk kebajikan para guru disamping menyusun semula struktur organisasi YGMB. YGMB juga telah menyahut seruan kerajaan di bawah kepimpinan YAB Dato’ Seri Najib Tun Razak dengan mewujudkan Indeks Penilian Prestasi (KPI) perlu diikuti oleh pegawai dan kakitangan YGMB serta anak – anak syarikat dengan tujuan untuk penambahbaikan, pemantapan dan meningkatkan keberkesanan pentadbiran YGMB.

Sehingga kini YGMB telah berjaya melunaskan hutang janji bagi permohonan Derma Tabung Kebajikan. Semua bayaran Derma Tabung Kebajikan dibayar terus ke dalam akaun ban ahli. Sungguhpun begitu Insya-ALLAH dengan aktiviti – aktiviti baru yang sudah dan akan dijalankan oleh YGMB kami berjanji akan menunaikan semua permohonan baru Derma Tabung Kebajikan yang memenuhi syarat daripada ahli – ahli YGMB.

Jawatan Kosong Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB) :
  1. Pengurus (Travel & Tours)
  2. Eksekutif (Akaun)
  3. Eksekutif (Sumber Manusia)
  4. Pembantu Tadbir

Further information and how to apply, please follow :

Jawatan Kosong YGMB closing date 28 November 2012

Jawatan Kosong YGMB - Yayasan Guru Malaysia Berhad provided by Jawatan Kosong Malaysia Terkini 2013
Share this Jawatan Kosong :